fb fb fb fb fb

Selesema burung H5N1: Risiko kepada orang ramai kekal rendah - WHO

Foto REUTERS

GENEVA, 8 Januari– Risiko kepada orang awam akibat jangkitan virus selsema burung H5N1 masih rendah, kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa, susulan kematian pertama pesakit akibat virus tersebut di Amerika Syarikat.

Pesakit yang berusia lebih 65 tahun dan mempunyai masalah kesihatan sedia ada dimasukkan ke hospital pada Disember selepas terdedah kepada ayam ternakan belakang rumah dan burung liar, menurut pegawai kesihatan Louisiana.

"Kami bimbang, semestinya, tetapi berdasarkan penilaian semasa, risiko kepada orang awam masih rendah," kata jurucakap WHO, Margaret Harris, kepada pemberita dalam sidang media di sini sebagai respons kepada soalan mengenai risiko virus tersebut.

Apabila ditanya sama ada pemantauan virus di Amerika Syarikat mencukupi, beliau berkata Mereka sedang melakukan banyak pemantauan.

"Itulah sebabnya kita mendengar tentang kes ini", tambahnya.

Hampir 70 orang di Amerika Syarikat telah dijangkiti selsema burung sejak April.

Kebanyakannya adalah pekerja ladang, kerana virus berkenaan telah menular kepada ternakan ayam dan lembu tenusu, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

Seperti WHO, pegawai persekutuan dan negeri di Amerika Syarikat juga menyatakan bahawa risiko kepada orang ramai masih rendah.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD