fb fb fb fb fb

Selepas 2 tahun , China catat kes COVID-19 tertinggi hari ini

CHINA, 3 April - China melaporkan 13,146 kes COVID-19 hari ini, iaitu tertinggi sejak kemuncak gelombang pertama, lebih dua tahun lalu.

Peningkatan itu akibat varian Omicron yang menular ke lebih 12 wilayah.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, daripada jumlah kes baharu itu, 1,455 pesakit dikesan mempunyai gejala.

(FOTO FAIL)

Manakala selebihnya kes tanpa gejala.

Bagaimanapun, tiada kematian baharu dilaporkan.

Di Shanghai, hampir kesemua 25 juta penduduknya berada bawah sekatan pergerakan bagi membendung penularan pandemik berkenaan. - AFP

Media Baharu