fb fb fb fb fb

Sekutu NATO bersedia hantar 'senjata berat' baharu ke Ukraine

(FOTO AFP)

DAVOS, 19 Januari- Negara-negara NATO bersedia untuk mengumumkan penghantaran "senjata berat" baharu untuk Ukraine, kata ketua perikatan itu ketika Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyeru penyokongnya supaya segera membuat keputusan.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin dijadual mengadakan mesyuarat bersama kira-kira 50 negara pada Jumaat ini di pangkalan tentera Ramstein yang dikendalikan AS di Jerman, termasuk kesemua 30 anggota pakatan NATO.

"Mesej utama di sana (di Ramstein) adalah lebih banyak sokongan, senjata lebih berat, dan senjata lebih moden, kerana ini adalah perjuangan untuk mempertahankan nilai kita," kata ketua NATO Jens StoltenbergĀ semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini.

Banyak sekutu Ukraine telah mengumumkan rancangan untuk meningkatkan sokongan ketenteraan mereka kepada Kiev bulan ini walaupun berdepan risiko menentang Rusia, terutamanya Britain yang menjadi negara Barat pertama menjanjikan kereta kebal berat.

AS pula berjanji untuk menghantar kenderaan tempur berperisai Bradley yang berkuasa tinggi, manakala Perancis menawarkan AMX-10 RC yang sangat mudah alih.

Zelensky telah merayu untuk mendapatkan kereta kebal moden reka bentuk Barat yang menurut penganalisis adalah penting untuk pertempuran berterusan di timur Ukraine yang memerlukan perisai berat bagi menembusi barisan pertahanan musuh yang kukuh.

"Masa yang digunakan oleh Dunia Bebas untuk berfikir digunakan oleh negara pengganas untuk membunuh," kata Zelensky kepada perwakilan WEF. -AFP

(Jens Stoltenberg sebelum sesi di pusat Kongres semasa mesyuarat tahunan Forum Ekonomi
Dunia/AFP)

Media Baharu