fb fb fb fb fb

16 orang maut, 14 cedera, kemalangan jalan raya di Bolivia

Foto hiasan

LA PAZ, 20 Julai- Sekurang-kurangnya 16 orang maut dalam kemalangan yang melibatkan sebuah bas dan lori di lebuh raya di Bolivian Andes pada Sabtu.

Menurut Pegawai Trafik Nilo Torrico, pemandu kedua-dua kenderaan itu turut maut, manakala 14 orang lagi mengalami kecederaan.

Beliau berkata kemalangan itu berlaku di jalan antara bandar Bolivia Patacamaya dan Tambo Quemado di utara Chile.

Bas tersebut dalam perjalanan ke Chile melalui laluan komersial dan pelancongan yang sibuk, yang menghubungkan kedua-dua negara Amerika Selatan itu.

Katanya, siasatan awal menunjukkan lori itu terbabas ke laluan bertentangan ketika cuba memotong sebuah kenderaan.

Imej kemalangan yang dikongsi Unitel menunjukkan bas dengan bahagian hadapannya berkecai dan lori yang telah dirempuh. Beberapa mayat kelihatan di atas jalan.

Statistik menunjukkan kira-kira 1,400 kematian akibat kemalangan jalan raya setiap tahun di Bolivia. Kemalangan dipercayai berpunca dari pemanduan dan masalah teknikal.

Kemalangan jalan raya di barat daya Bolivia pada April lalu meragut 14 nyawa dan dua orang mengalami kecederaan.-AFP

ROSLINA BINTI DIN