fb fb fb fb fb

Penduduk panik singa terlepas di bandar Karachi

KARACHI, 30 Ogos - Orang ramai panik hampir dua jam apabila seekor singa terlepas dari sebuah kenderaan di tengah bandar Karachi, kata Polis Pakistan.

Polis dalam satu kenyataan berkata, ketika kejadian singa itu dibawa oleh pemiliknya sebelum terlepas dalam kesesakan jalan raya.

Sebelum berjaya ditangkap singa itu masuk ke ruang bawah tanah bangunan berhampiran dan berkeliaran di atas jalan raya.

Akibat daripada itu, kesesakan jalan raya bertambah teruk dengan orang ramai berpusu-pusu untuk datang menyaksikan singa itu, kata seorang saksi kepada Reuters.

Jabatan Hidupan Liar berkata, singa itu telah dibawa ke tempat perlindungan hidupan liar kerana memelihara singa di kawasan perumahan adalah dilarang. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu