fb fb fb fb fb

93 kubur tanpa tanda ditemui di tapak sekolah asrama

(FOTO HIASAN)

MONTREAL, 30 Ogos- Sebuah komuniti Orang Asli di barat Kanada digemparkan dengan penemuan hampir 100 kubur yang tidak bertanda berhampiran tapak sekolah asrama pada Selasa.

Sejak 2021, Kanada telah merekodkan lebih daripada 1,300 kubur tidak bertanda berhampiran institusi pendidikan agama, yang mengambil kanak-kanak Orang Asli selama lebih daripada satu abad sebagai sebahagian daripada dasar 'asimilasi paksa' negara itu.

"Apa yang kami temui adalah sesuatu yang menyayat hati," Jenny Wolverine, ketua English River First Nation Indigenous Group.

Katanya, sehingga kini, terdapat 93 kubur tanpa tanda yang dipercayai mengandungi 79 kanak-kanak dan 14 bayi.

"Biar saya jelaskan... ini bukan angka muktamad," tambahnya sambil memberi amaran angka itu boleh bertambah.

Penemuan berhampiran tapak sekolah asrama Beauval Indian di wilayah Saskatchewan, dibuat menggunakan radar penembusan tanah.

Menurut Universiti Regina, sekolah itu telah dirobohkan oleh bekas pelajar selepas ditutup pada 1995.

Antara akhir abad ke-19 dan pertengahan 1990-an, kira-kira 150,000 kanak-kanak Orang Asli telah dipaksa masuk ke 139 sekolah asrama di seluruh Kanada, di mana mereka dipisahkan daripada keluarga, bahasa dan budaya mereka.-AFP


(Foto arkib menunjukkan kubur-kubur tidak bertanda yang ditemui pada 2021 / REUTERS)

Media Baharu