fb fb fb fb fb

Satu menara masjid di Turkiye runtuh 'ditiup' angin kencang

Tangkap layar rakaman detik-detik menara Masjid Bademlik runtuh semalam/Reuters

CANKIRI, 21 April- Satu menara di sebuah masjid di tengah Turkiye runtuh dibadai angin kencang, semalam.

Rakaman video yang dikongsi saksi menunjukkan kejadian melibatkan satu daripada dua menara di Masjid Bademlik di sini.

Serpihan runtuhan juga merosakkan beberapa premis dan kenderaan, namun tiada laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa setakat ini.

Cuaca buruk yang melanda bandar terbabit turut menumbangkan beberapa pokok dan merosakkan harta benda termasuk tingkap di sebilangan pangsapuri dilapor pecah. -Reuters

2104 BD TURKIYE MENARA MASJID TUMBANG 2
Serpihan runtuhan menara Masjid Bademlik/Reuters

SITI AISHAH MD ISA