fb fb fb fb fb

Bot lebih muatan terbalik, 58 disahkan mati lemas

FOTO HIASAN

BANGUI, 21 April- Sekurang-kurangnya 58 orang yang sedang dalam perjalanan ke acara pengebumian maut selepas bot yang mereka naiki terbalik di sungai dalam satu kejadian di ibu negara Afrika Tengah Bangui, pada Jumaat.

Sejumlah mangsa bagaimanapun masih hilang dan turut dipercayai lemas.

"Kami menemukan 58 mayat," kata Ketua Perlindungan Awam, Thomas Djimasse kepada Radio Guira. “Kami tidak tahu jumlah keseluruhan mangsa.

Menurut saksi dan video di media sosial, bot itu membawa lebih 300 orang ada yang berdiri dan yang lain bertenggek di atas struktur kayu ketika ia karam di sungai Mpoko pada Jumaat.

Kapal itu sedang menuju ke pengebumian seorang ketua kampung tetapi mengalami kesukaran sejurus selepas berlepas.

Pasukan penyelamat tiba 40 minit selepas insiden berlaku.

Maurice Kapenya yang mengekori bot menaiki sampan kerana tiada ruang di atas kapal berkata, dia 'mengutip' mayat beberapa mangsa termasuk kakaknya sendiri dengan bantuan nelayan dan penduduk.

Sebahagian daripada mereka yang cedera telah dipindahkan dengan menaiki teksi motosikal. Seorang pemandu, Francis Maka memberitahu AFP dia telah membawa lebih 10 orang ke hospital komuniti.

Dengan pasukan perlindungan awam tidak lagi berada di tempat kejadian pada Sabtu, keluarga mangsa yang masih tidak ditemukan mencari orang tersayang mereka yang hilang berhampiran sungai dengan bantuan pengendali kanu yang telah diupah.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE