fb fb fb fb fb

Warga emas 'pedo' mati ditembak polis di Washington

Rakaman video menerusi kamera badan atau 'bodycam' salah seorang polis yang menembak mati suspek pedophile/Reuters

Washington, 21 April- Seorang lelaki warga emas yang disyaki penjenayah seksual kanak-kanak atau pedofil mati ditembak polis di sebuah hotel di sini, Amerika Syarikat pada Rabu lalu.

Jabatan Polis Seattle memaklumkan kejadian itu berlaku di Tukwila di sini ketika suspek, 67, tiba di bilik hotel tersebut untuk bertemu dengan dua orang kanak-kanak perempuan berusia tujuh dan 11 tahun.

Menurut laporan, suspek telah mengacukan pistol ke arah polis menyebabkan pegawai melepaskan tembakan.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan lanjut mengenai insiden tersebut sedang dilakukan oleh pasukan penyiasatan Jabatan Polis Seattle- Reuters

2104 BD POLIS TEMBAK PEDOPHILE
Suspek pedofil mengeluarkan pistol ke arah polis/Reuters

SITI AISHAH MD ISA