fb fb fb fb fb

Tidak puas hati, Israel mahu 'ceramah' negara-negara undi Palestin sebagai anggota tetap PBB

FOTO AFP

BAITULMAQDIS, 21 April- Israel dengan angkuhnya akan memanggil duta-duta negara yang mengundi Palestin menjadi ahli penuh PBB Palestin untuk menyatakan bantahan pada Ahad, kata jurucakap kementerian luar.

Ia berlaku selepas pihak berkuasa Palestin berkata ia akan mempertimbangkan semula hubungannya dengan Amerika Syarikat selepas Washington menggunakan kuasa veto dalam undian keahlian Palestin awal minggu ini.

Undian pada Khamis menyaksikan 12 negara dalam Majlis Keselamatan PBB menyokong resolusi yang mengesyorkan keanggotaan penuh Palestin.

Hanya Amerika Syarikat, sekutu tegar Israel, mengundi menentang, menggunakan kuasa vetonya untuk menyekat resolusi itu.

Pada Sabtu, jurucakap kementerian luar Israel, Oren Marmorstein berkata kementerian itu "akan memanggil duta-duta negara yang mengundi dalam Majlis Keselamatan yang memihak kepada menaik taraf status rakyat Palestin dalam PBB untuk menyatakan bantahan ".

"Duta Besar Perancis, Jepun, Korea Selatan, Malta, Republik Slovak dan Ecuador akan dipanggil esok dan bantahan keras akan dikemukakan kepada mereka," katanya dalam catatan di X.

“Bantahan yang sama akan dikemukakan kepada negara tambahan,” katanya.

Draf resolusi itu meminta untuk mengesyorkan kepada Perhimpunan Agung agar negara Palestin diterima menjadi ahli Pertubuhan Bangsa Bersatu sebagai ganti status negara pemerhati dan bukan anggota semasa, yang telah dipegangnya sejak 2012.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE