fb fb fb fb fb

Salji lebat landa Jepun, ganggu laluan udara dan darat

FOTO REUTERS

TOKYO, 8 Februari - Salji tebal melitupi sebahagian kawasan di Jepun pada Sabtu, menyebabkan gangguan kepada trafik udara dan darat.

Dataran sejuk terkuat musim ini membawa salji lebat ke sepanjang pantai Laut Jepun dan utara negara itu, mengakibatkan pembatalan puluhan penerbangan domestik yang berlepas dan tiba di Prefektur Niigata.

Menurut penyiar awam NHK, perkhidmatan kereta api laju Yamagata Shinkansen terpaksa digantung sebahagiannya.

Perkhidmatan kereta api laju lain serta tren tempatan turut mengalami kelewatan, sementara lalu lintas hampir lumpuh.

Setakat pukul 0700 GMT, NHK melaporkan bahawa ketebalan salji mencapai 388 sentimeter di Sukayu, Prefektur Aomori, dan 320 sentimeter di Uonuma, Prefektur Niigata.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai agar berwaspada terhadap ancaman runtuhan salji dan pokok tumbang, memandangkan lebih banyak salji dijangka turun di kawasan yang luas di Jepun. - REUTERS

TETITIA YUSOFF