fb fb fb fb fb

Saham Shanghai cecah paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun

Foto REUTERS

SHANGHAI, 24 Oktober - Pasaran saham Shanghai ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun pada Jumaat, selepas saham teknologi, termasuk syarikat pembuat cip dan kecerdasan buatan (AI), mencatat kenaikan mendadak.

Kenaikan itu berlaku selepas kerajaan China berikrar untuk memperkukuh keupayaan teknologi negara dan mencapai sasaran ekonomi tahun ini, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur.

Perkembangan tersebut turut memberikan harapan baharu kepada pasaran yang sebelum ini terjejas oleh ketidaktentuan tarif, menjelang pertemuan antara pemimpin China dan Amerika Syarikat di Korea Selatan minggu depan bagi meredakan ketegangan perdagangan.

Indeks Komposit Shanghai meningkat 0.7 peratus minggu ini, paras tertinggi sejak Ogos 2015, manakala indeks CSI300 yang mewakili saham utama China turut meningkat 1.2 peratus.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN