FRANKFURT, 16 Jun - Saham-saham Eropah dibuka sedikit lebih tinggi pada Isnin, selepas menutup minggu lalu dengan kerugian, berikutan beberapa lonjakan saham berpunca daripada berita korporat yang membantu menyekat kejatuhan lebih besar akibat ketegangan geopolitik yang terus memuncak di Asia Barat.
Indeks penanda aras pan-Eropah, STOXX 600, meningkat 0.2 peratus kepada 545.87 mata, memulakan minggu ini dengan nada optimis walaupun pasaran global masih dibayangi kebimbangan politik dan ekonomi.
Pelabur terus memberi perhatian terhadap perkembangan terkini konflik Israel-Iran yang semakin meruncing.
Situasi tersebut mengundang kebimbangan baharu dalam kalangan pelabur yang sememangnya sudah berhati-hati susulan ketidaktentuan dasar perdagangan Amerika Syarikat, khususnya perubahan dasar tarif yang boleh memberi kesan kepada pasaran global.-REUTERS