NEW YORK, 12 Julai – Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) ditutup rendah pada Jumaat, selepas mencatat rekod tertinggi sebelum ini.
Ia susulan reaksi pelabur terhadap ancaman tarif terbaharu oleh Presiden Donald Trump.
Situasi turut dikaitkan dengan amaran Trump bahawa Amerika Syarikat mungkin mengenakan tarif sehingga 35 peratus ke atas Kanada.
Selain kesediaan pentadbirannya mengenakan tarif ke atas Kesatuan Eropah dalam masa terdekat.
Indeks S&P 500 merosot 0.3 peratus kepada 6,259.75 selepas mencatat penutupan rekod pada Khamis.
Indeks Dow Jones susut 0.6 peratus kepada 44,371.51, manakala Nasdaq yang dipacu saham teknologi jatuh 0.2 peratus kepada 20,585.53.
Musim pelaporan kewangan suku tahunan akan memuncak minggu depan, dimulakan oleh bank-bank utama AS, diikuti syarikat teknologi dan industri pada minggu-minggu berikutnya.
Selain itu, data harga pengguna bagi bulan Jun yang akan dikeluarkan juga menjadi penentu penting dasar monetari Rizab Persekutuan. - AFP