MOSCOW, 27 Oktober - Kementerian Pertahanan Rusia menembak jatuh 51 dron Ukraine di beberapa kawasan, termasuk berhampiran sempadan negara itu hari ini.
Sebanyak 18 dron ditembak jatuh di wilayah Tambov, sekitar 400 kilometer dari sempadan Ukraine, manakala 16 lagi di kawasan bandar sempadan Belgorod.
Manakala, baki dron yang lain ditembak di wilayah Oryol, Briansk, Lipetsk, dan Voronej.
Satu lagi dron berjaya dipintas di wilayah Kursk, yang mana tentera Ukraine telah melakukan serangan darat sejak Ogos dan kini menguasai ratusan kilometer persegi kawasan Rusia. - AFP