fb fb fb fb fb

Ancaman bom palsu: India beri amaran kepada pengendali media sosial

Sejak pertengahan Oktober, sekurang-kurangnya 275 ancaman bom palsu telah dilaporkan/Foto AFP

NEW DELHI, 27 Oktober – India memberi amaran kepada pengendali platform sosial media selepas syarikat penerbangan negara itu menerima ratusan ancaman bom palsu yang mencetuskan keadaan huru-hara industri pengembaraan selain mengancam keselamatan nasional.

Terdapat ancaman yang menyebabkan pesawat dilencongkan ke Kanada dan Jerman selain jet pejuang dikerahkan untuk mengiringi pesawat di ruang udara Britain dan Singapura.

Kerajaan menyifatkan penyebaran ancaman tersebut sebagai sesuatu yang ‘berbahaya yang tidak terkawal’.

Ia memberi amaran kepada pengendali platform media sosial terhadap ‘tindakan berbangkit yang disediakan di bawah undang-undang’ sekiranya mereka gagal ‘menghapuskan maklumat palsu dengan segera’.

“Contoh tindakan berniat jahat, dalam bentuk ancaman bom palsu kepada syarikat penerbangan, menimbulkan ancaman serius kepada ketenteraman awam dan keselamatan negara."

Sejak pertengahan Oktober, sekurang-kurangnya 275 ancaman bom telah dilaporkan.

Kesemua laporan itu disahkan palsu menurut agensi berita Press Trust of India (PTI).

Media tempatan lain turut melaporkan angka tersebut mungkin mencecah hampir 400. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN