fb fb fb fb fb

Rusia tembak jatuh 109 dron Ukraine dalam sehari

Rusia mematahkan serangan dron besar-besaran Ukraine yang menyasarkan loji tenaga dan bahan api di Moscow serta 14 wilayah lain/Foto AFP

MOSCOW, 28 Oktober - Rusia berjaya menembak jatuh 109 dron Ukraine dalam tempoh sehari di beberapa kawasan, termasuk berhampiran sempadan, menurut Kementerian Pertahanan Rusia pada Isnin.

Sebanyak 45 dron dipintas di wilayah Briansk yang bersempadan dengan Ukraine dan Belarus, manakala 26 lagi dimusnahkan di wilayah Belgorod di selatan Rusia.

Di wilayah Tambov, yang terletak sekitar 400 kilometer dari sempadan Ukraine, sebanyak 18 dron ditembak jatuh.

Lima dron lagi dipintas di wilayah Kursk, yang mana tentera Ukraine telah melancarkan serangan darat sejak Ogos lalu dan menguasai beberapa ratus kilometer persegi kawasan Rusia.

Gabenor Alexander Gusev berkata, seorang individu cedera ringan apabila sebuah dron terhempas dan terbakar di kawasan perindustrian di bandar Voronezh, barat Rusia.

Lebih banyak dron turut dimusnahkan di tempat lain di Rusia.

Kiev menyatakan serangan dron ini, sering menyasarkan infrastruktur loji tenaga dan bahan api, sebagai tindak balas kepada serangan Rusia ke atas wilayah Ukraine. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN