KAHERAH, 28 Oktober- Mesir telah mencadangkan gencatan senjata sementara selama dua hari di Gaza.
Presiden Abdel Fattah al-Sisi dalam satu sidang media berkata cadangan itu termasuk pembebasan empat tebusan sebagai pertukaran dengan beberapa tahanan di penjara Israel.
Diikuti dengan lebih banyak rundingan dalam tempoh 10 hari ke arah mendapatkan gencatan senjata penuh, selepas lebih setahun perang antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas.
Bagaimanapun, al-Sisi tidak menyatakan secara terperinci sama ada rancangan itu telah dibentangkan secara rasmi kepada Israel atau Hamas.
Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat, selama berbulan-bulan menjadi pengantara antara kedua-dua pihak bertelagah.
Gencatan senjata kekal yang dicadangkan sebelum ini gagal disebabkan Israel enggan mematuhi desakan Hamas supaya tentera zionis berundur sepenuhnya dari bumi Gaza./AFP