fb fb fb fb fb

Ribuan berkumpul di Dataran Trafalgar London, sambut Deepavali

Orang ramai berkumpul di Dataran Trafalgar, London./Foto Reuters

ENGLAND, 28 Oktober- Ribuan orang berkumpul di Dataran Trafalgar, London, bagi meraikkan sambutan Deepavali.

Penganjur menganggarkan bahawa kira-kira 10,000 penduduk Asia United Kingdom (UK) termasuk pelancong dan penduduk tempatan hadir bagi memeriahkan persembahan pentas dan acara lain yang dirancang.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan, menyifatkan program tersebut sebagai satu perayaan persahabatan. Perayaan kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan. 

Sementara itu, Pengunjung, Rikki Gupta berkata, peserta yang hadir kebanyakanya dari India, Afrika, Amerika Syarikat dan pelancong dari seluruh Eropah.

"Sungguh meriah, kita semua meraikan acara yang cukup indah dengan pelbagai pengisian. Lebih-lebih lagi bersama warga UK," Katanya kepada wartawan di sini.

Prasad Kolas pula berkata, London sentiasa dan masih menjadi salah satu bandar yang dihuni masyarakat berbilang budaya.

"Ia adalah salah satu bandar terbuka di dunia. Semua orang di sini berkumpul untuk meraikan sambutan Deepavali bersama-sama.

Masyarakat dari latar belakang yang berbeza, budaya yang berbeza dan agama yang berbeza, jelas menunjukkan bahawa kami adalah satu: satu London," Katanya.

Sambutan yang diadakan pada Ahad itu merupakan edisi ke-23 yang dirai di ibu kota tersebut./Reuters

Trainee2