fb fb fb fb fb

Rusia tawar bantu Vietnam bina loji nuklear

Presiden Rusia, Vladmir Puttin (kiri), Ketua Firma Rosatom, Alexei Likhachev/Foto REUTERS

HANOI, 24 Jun-Rusia menawarkan bantuan kepada Vietnam untuk membina sebuah loji nuklear ketika lawatan Presiden Vladmir Puttin ke negara berkenaan, kata Alexei Likhachev Ketua firma nuklear negara Rusia, Rosatom memberitahu agensi RIA dalam kenyataan yang diterbitkan pada Isnin.

Likhachev, yang turut serta dalam rombongan Puttin ke Vietnam minggu lalu berkata bahawa dia telah membuat tawaran itu kepada Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh.

"Kami tawarkan segala kemungkinan yang perlu bagi bantuan operasi dalam perbualan saya bersama Perdana Menteri Vietnam", kata Likhachev seperti yang dipetik RIA.

"Rosatom menawarkan perkongsian asing kepada pembinaan loji nuklear berkuasa tinggi dan juga rendah.

"Kedua-duanya dalam versi berasaskan darat dan terapung.

Vietnam tidak mempunyai sebarang loji nuklear dan membatalkan rancangan bagi membina salah sebuah loji nuklear pada 2016 berikutan tragedi kebocoran loji nuklear di Fukushima selain kekurangan kos.

Pada lawatan minggu lalu, Rusia dan Vietnam telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Vietnam merangkumi pelbagai perkara seperti sumber tenaga baharu.

Lawatan berkenaan disifatkan sebagai penganalisis sebagai satu strategi Moscow ke Asia selepas Moscow dikenakan sekatan oleh Barat susulan konflik di Ukraine.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD