fb fb fb fb fb

Rusia tawan sebuah lagi kampung di Ukraine

Foto AFP

SUMY, 4 Jun- Tentera Rusia mendedahkan telah menawan sebuah lagi perkampungan di wilayah Sumy di Ukraine.

Serangan terbaharu itu dilakukan ketika Moscow berusaha untuk mewujudkan "zon penampan" di wilayah berkenaan.

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan tenteranya berbuat demikian selepas mereka berjaya menawan semula wilayah Kursk barat Rusia pada April lalu selepas serangan berbulan-bulan ke atas Ukraine.

Dalam satu kenyataan di aplikasi Telegram, Kementerian Pertahanan Rusia berkata tenteranya telah menguasai perkampungan Kindrativka, sekitar tiga kilometer dari sempadan.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memberi amaran bulan lalu bahawa Moscow sedang mengumpulkan kira-kira 50,000 tentera untuk serangan baharu di sekitar Sumy, ibu kota wilayah itu.

Bandar tersebut yang terletak kira-kira 25 kilometer ke selatan dari Rusia telah mengalami serangan udara yang semakin memuncak.

"Serangan roket Rusia ke atas Sumy pada Selasa telah mengorbankan empat orang.

"Bangunan rosak dan serpihan bertaburan selepas dron Rusia menyasarkan Sumy di Ukraine," kata pegawai Ukraine.

Menurut pegawai bandar raya, seorang orang awam cedera dalam serangan itu, yang turut mengenai kemudahan penyimpanan makanan dan mencetuskan beberapa kebakaran.- AFP

NORAINI BINTI WAHIB