KIEV, 8 Jun - Rusia melancarkan serangan peluru berpandu kluster ke atas sasaran ketenteraan Ukraine, manakala Ukraine menembak jatuh jet pejuang Su-35 Rusia pada hari yang sama.
Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan serangan menyasarkan kompleks industri ketenteraan Ukraine serta gudang peluru, dengan semua sasaran berjaya dilumpuhkan.
Sistem pertahanan udara Rusia menembak jatuh 311 dron Ukraine dan memusnahkan empat bot tanpa pemandu di Laut Hitam.
Markas Besar Angkatan Bersenjata Ukraine melaporkan lebih 100 pertempuran berlaku dalam 24 jam lalu, terutama di Pokrovsk dan Krasnyi Lyman.
Tentera Udara Ukraine mengesahkan penembakan jatuh jet Su-35 di arah Kursk.
Sementara itu, Ihor Terekhov, Datuk Bandar Kharkiv yang merupakan bandar kedua terbesar Ukraine, berkata bandar itu diserang dengan serangan Rusia paling sengit sejak konflik tercetus awal pagi Sabtu.
Pada hari yang sama, Andriy Kovalenko, Ketua Pusat Menentang Disinformasi Majlis Keselamatan dan Pertahanan Nasional Ukraine, memaklumkan sebuah kilang penapisan minyak milik syarikat Rusia, Lukoil, terbakar.
Kovalenko menjelaskan Lukoil merupakan aset utama dalam sektor tenaga Rusia yang membekalkan bahan api kepada penerbangan, kenderaan berperisai, dan logistik ketenteraan Rusia.
Sehingga kini, tiada sebarang reaksi daripada pihak Rusia berhubung insiden tersebut.-REUTERS