fb fb fb fb fb

Rusia serang pusat dron Ukraine, Kiev balas hentam kemudahan minyak

FOTO REUTERS

KIEV, 3 Ogos - Rusia pada Sabtu mendakwa berjaya menyerang bengkel pengeluaran dron dan pusat kawalan dron jarak jauh Ukraine, manakala Ukraine pula melaporkan pihaknya memukul kemudahan minyak di dalam wilayah Russia.

Kementerian Pertahanan Rusia dalam laporan hariannya berkata, tenteranya telah menawan satu lagi penempatan di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

Menurut kementerian itu, serangan turut dilancarkan ke arah Sumy, Kharkiv dan Donetsk dalam tempoh 24 jam lalu, selain sistem pertahanan udara Russia menembak jatuh satu bom udara berpandu serta 338 dron sayap tetap milik Ukraine.

Dalam pada itu, Ketua Turus Angkatan Tentera Ukraine memaklumkan beberapa sasaran di dalam wilayah Russia turut diserang, termasuk sebuah loji penapisan minyak dan kemudahan simpanan minyak.

Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SSU) pula mendakwa dron mereka berjaya memukul sebuah pangkalan penyimpanan dan pelancaran dron di Krasnodar Krai, barat daya Rusia serta sebuah kilang elektronik di bandar Penza, barat Russia.

Pada petang Sabtu, siren serangan udara turut dibunyikan di seluruh Ukraine termasuk di ibu negara, Kiev.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE