fb fb fb fb fb

Rusia serang Odesa, 20 orang cedera, 1 orang maut

(Pasukan penyelamat berada di hadapan kediaman yang rosak di Odesa/REUTERS)

ODESA, 23 Julai- Serangan udara Rusia ke atas pelabuhan selatan Ukraine menyebabkan seorang terbunuh dan hampir 20 orang cedera termasuk empat kanak-kanak.

Gabenor Wilayah Odesa Kiper, berkata serangan itu turut memusnahkan rumah ibadat, enam buah rumah dan bangunan pangsapuri.

"14 orang dimasukkan ke hospital", katanya.

Menurut pentadbiran tentera Odesa, rumah ibadat tersebut merupakan bangunan gereja terbesar di Odesa, ia terletak di pusat bandar bersejarah, yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.


(Keadaan rumah ibadat di Odesa yang rosak teruk akibat serangan udara Rusia/REUTERS)

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Rusia melaporkan serangan ke atas sasaran di kawasan itu dan menafikan menyasarkan rumah ibadat tersebut.

"Rusia telah menyerang sasarannya, di mana terdapat serangan pengganas di kawasan Odesa dan semua sasaran telah dimusnahkan", katanya dalam satu taklimat.

"Laporan Ukraine mengenai serangan Rusia ke atas gereja itu adalah palsu dan sasarannya di Odesa terletak pada jarak selamat dari bangunan itu. Kemungkinan punca kerosakan itu adalah peluru berpandu anti-pesawat Ukraine", katanya.

Sepanjang minggu lalu, Rusia telah menyerang Odesa dan kemudahan eksport makanan Ukraine yang lain hampir setiap hari.

Rusia menyifatkan serangannya ke atas Odesa sebagai membalas dendam ke atas serangan Ukraine minggu lalu terhadap jambatan yang dibina oleh Rusia ke Crimea, semenanjung Ukraine pada 2014. Mereka mendakwa Ukraine menggunakan koridor laut untuk melancarkan "serangan pengganas".-REUTERS

Media Baharu