fb fb fb fb fb

26 orang maut dalam kejadian banjir di Afghanistan

(Seorang lelaki Afghanistan membersihkan rumahnya yang rosak selepas
banjir besar di daerah Khushi di Logar, Afghanistan/REUTERS)

KABUL, 23 Julai- Angka kematian meningkat kepada 26 orang dan kira-kira 40 orang hilang dalam kejadian banjir kilat selepas hujan lebat di tengah Afghanistan.

Jurucakap Kementerian Pengurusan Bencana Negeri Shafiullah Rahimi, berkata selain meragut nyawa, bencana tersebut turut menyebabkan kerosakkan besar harta benda dan ladang.

Beliau berkata sebanyak 604 rumah telah rosak sepenuhnya atau sebahagiannya dan ratusan ekar kawasan pertanian dan dusun musnah di Jalrez sejak Jumaat.

"Di seluruh negara, sejak empat bulan lalu, seramai 214 orang terbunuh dalam insiden berkaitan bencana alam", kata Rahimi.

Sementara itu, Jurucakap kerajaan Zabihullah Mujahid berkata bantuan segera sedang dihantar ke zon utama bencana di daerah Jalrez di wilayah Maidan Wardak.

Meskipun Afghanistan terletak di hujung barat dalam jejak musim tengkujuh di Asia, banjir kilat masih berlaku secara kerap ketika musim itu.-AFP


(Kanak-kanak membawa barang-barang mereka berikutan banjir kilat
di kawasan Khair Abad di wilayah Ghazni/AFP)

Media Baharu