fb fb fb fb fb

Rusia pindahkan 5,000 kanak-kanak dari Belgorod

Keadaan selepas serangan udara baru ke atas Belgorod/AFP

MOSCOW, 30 Mac- 5,000 kanak-kanak telah dipindahkan dari wilayah Belgorod, Rusia yang bersempadan dengan Ukraine berikutan beberapa siri pengeboman oleh Kiev, kata gabenor wilayah itu pada Sabtu.

Pihak berkuasa wilayah minggu lalu berkata 9,000 kanak-kanak bawah umur akan dipindahkan ke wilayah lain selepas beberapa siri tembakan rentas sempadan dan serangan dron membunuh lebih 10 orang awam.

"5,000 kanak-kanak sudah berada di luar wilayah itu. Semalam, 1,300 kanak-kanak tiba di Saint Petersburg, Bryansk, dan Makhachkala," kata gabenor Vyacheslav Gladkov.

Kanak-kanak yang masih kekal di wilayah itu akan tinggal di majlis perbandaran berhampiran sempadan, termasuk ibu kota wilayah Belgorod. Situasi pembelajaran jarak jauh akan bermula bulan depan, tambahnya.

Bagaimanapun perniagaan yang terpaksa ditutup akibat serangan itu akan dibenarkan dibuka semula selagi "kakitangan dilatih dalam pertolongan cemas" dan tingkap ditutup.

Menurut pegawai Rusia, Belgorod sering menjadi sasaran serangan oleh Ukraine sejak konflik bermula lebih dua tahun lalu.

Pada Jumaat, sebuah dron Ukraine menyasarkan sebuah bangunan pangsapuri bertingkat di bandar Belgorod dan telah meragut nyawa seorang lelaki dan mencederakan dua yang lain, termasuk isterinya, kata Gladkov.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI