fb fb fb fb fb

Mayat lapan suspek pendatang ditemui di pantai selatan Mexico

Sekumpulan pendatang cuba menyeberangi pagar kawat berduri untuk sampai ke sempadan Amerika Syarikat/AFP

MEXICO, 30 Mac- Mayat lapan migran disyaki mangsa kemalangan bot, ditemukan di pantai negeri Oaxaca, selatan Mexico pada Jumaat, kata pejabat pendakwa raya.

"Mangsa dilaporkan terlibat dalam kemalangan ketika menaiki bot di luar pantai Oaxaca," kata pendakwa raya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun seorang lelaki telah terselamat dalam kejadian itu.

"Menurut maklumat awal, orang yang ditemui disyaki migrasi," kata kenyataan itu sambil menambah mangsa dipercayai 'berasal dari Asia'.

Pantai Playa Vicente di San Francisco del Mar merupakan tempat mayat ditemukan. Ianya terletak di sepanjang laluan yang sering digunakan oleh ramai orang yang cuba ke Amerika Syarikat.

Beribu-ribu pendatang tanpa izin sering melarikan diri dari keganasan dan kemiskinan di negara asal mereka. Kebanyakannya akan transit melalui Mexico setiap tahun untuk cuba sampai ke sempadan Amerika Syarikat.

Menurut data rasmi, pendatang yang ditahan adalah warga China, India dan Uzbekistan.

Peningkatan bilangan pendatang tidak mampu menampung kemudahan dan tempat perlindungan imigresen Mexico, manakala kerajaan telah mendapat tekanan yang lebih tinggi daripada Amerika Syarikat untuk menangani isu itu.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI