fb fb fb fb fb

Rusia serang kemudahan kuasa Ukraine

Pegawai polis memeriksa kawasan perumahan yang rosak akibat serangan dron dan peluru berpandu Rusia/REUTERS

KIEV, 30 Mac- Serangan peluru berpandu dan dron Rusia menyasarkan loji kuasa haba dan hidro di tengah dan barat Ukraine semalam, kata pegawai pada Jumaat. Serangan terbaharu itu menyasarkan infrastruktur bekalan kuasa negara yang sudah rosak.

Loji kuasa hidro Kaniv dan loji Dnister adalah antara sasaran peluru berpandu dan dron. Ianya terletak di Sungai Dnister, kata Presiden Volodymyr Zelenskiy.

"Negera Rusia ingin mengulangi bencana ekologi di wilayah Kherson berikutan pemusnahan Rusia terhadap Kakhovka HPP (diletupkan oleh tentera Rusia tahun lepas).

Kali ini, bukan sahaja Ukraine tetapi juga Moldova berisiko," katanya dalam satu hantarn di X.

Minggu lalu, Rusia turut menyasarkan empangan terbesar Ukraine, DniproHES di wilayah Zaporizhzhia selatan, sebanyak lapan kali.

"Kami menggesa rakan kami untuk bertindak balas dengan cepat dan tegas terhadap kempen pengeboman yang diperhebat oleh Rusia terhadap infrastruktur kritikal Ukraine," kata Zelenskiy yang mahu pertahanan udara dipertahankan.

Seorang pegawai kanan di syarikat penjana Centrenergo melaporkan, loji terma Zmiivska 10 unit di wilayah timur laut Kharkiv antara kawasan yang banyak diserang Rusia dan telah musnah akibat serangan pada 22 Mac.

"Akibatnya, stesen itu musnah," pengerusi lembaga penyeliaan syarikat Andriy Hota memberitahu agensi berita Interfax Ukraine.

"Terdapat banyak serangan secara langsung dilakukan. Semua yang kami baiki sebagai persediaan untuk musim sejuk telah musnah."

Serangan pada 22 Mac disifatkan oleh pegawai Kiev sebagai yang paling dahsyat sejak pencerobohan Februari 2022.

Pegawai wilayah berkata, tentera Rusia juga telah menyerang infrastruktur di daerah Kamianske berhampiran bandar Dnipro. Sekurang-kurangnya seorang cedera.

Menteri tenaga Ukraine German Galushchenko berkata, kemudahan kuasa di wilayah Dnipropetrovsk, Hijrah dan Cherkasy juga turut diserang.

"Kemudahan penjanaan elektrik menjadi sasaran dron dan peluru berpandu," kata Gelushchenko menerusi hantaran di Facebook.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI