fb fb fb fb fb

Rusia lancar latihan nuklear segenap 'arah'

Latihan nuklear darat, laut dan udara oleh Rusia/Reuters

Moscow, 27 Oktober- Kementerian Pertahanan Rusia mengeluarkan rakaman yang disebut pihaknya sebagai 'keupayaan Rusia untuk melakukan serangan nuklear secara besar-besaran meliputi darat, laut dan udara'.

Menerusi video tersebut, ia memaparkan peluru berpandu balastik antara benua Yars yang dilancarkan dari tapak ujian di wilayah Arkhangelsk, utara negara.

Kapal selam berkuasa nuklear turut melancarkan peluru berpandu balistik dari Laut Barents, dan pengebom jarak jauh Tu-95MS yang diuji sebagai 'peluru berpandu jelajah' dilancarkan dari udara.

Latihan tersebut dilakukan Rusia ketika negara itu 'terkunci' dalam situasi yang disifatkan pihaknya sebagai perselisihan eksistensial dengan barat susulan peperangan dengan Ukraine, serta pembatalan ratifikasi perjanjian ujian nuklear. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA