fb fb fb fb fb

PM Thailand ke Laos tingkat kerjasama, kukuhkan hubungan dua hala

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin akan membuat lawatan rasmi sulungnya ke Laos pada 30 Oktober ini/ AFP

BANGKOK, 27 Oktober- Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin akan membuat lawatan rasmi sulungnya ke Laos pada 30 Oktober ini untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan meningkatkan kerjasama.

“Lawatan rasmi itu bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama erat serta menekankan Perkongsian Strategik untuk Pertumbuhan dan Pembangunan Mampan antara Thailand dan Laos,” kata jurucakap kerajaan, Chai Wacharonke dalam satu kenyataan.

Srettha akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone semasa lawatan itu, kata Chai.

“Perdana Menteri akan mempengerusikan majlis perasmian Stesen Kereta Api Vientiane (Khamsavath). Stesen kereta api itu adalah projek kerjasama antara kedua-dua kerajaan melalui Agensi Kerjasama Pembangunan Ekonomi Negara Jiran (NEDA),” katanya.

Srettha juga akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Laos dan setiausaha agung Parti Revolusi Rakyat Lao, Dr Thongloun Sisoulith dan Presiden Perhimpunan Kebangsaan Laos, Xaysompone Phomvihan. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI