fb fb fb fb fb

Rusia dakwa kuasai penempatan baharu di Donetsk

Foto REUTERS

DONETSK, 19 Oktober – Rusia mengumumkan bahawa pasukannya telah menguasai sebuah lagi penempatan di wilayah Donetsk, manakala Ukraine pula melaporkan pertempuran sengit dan serangan dron berterusan sepanjang kawasan pertempuran.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, tentera negara itu juga melancarkan serangan ke atas infrastruktur pengangkutan, kemudahan industri ketenteraan, dan pusat latihan dron milik Kementerian Pertahanan Ukraine.

Pasukan pertahanan udara Rusia turut memintas dan memusnahkan 140 dron Ukraine, enam peluru berpandu HIMARS serta empat bom.

Sementara itu, Ketua Turus Angkatan Tentera Ukraine melaporkan sebanyak 74 pertempuran berlaku sepanjang kawasan konflik sehingga petang Sabtu.

Angkatan Udara Ukraine pula menembak jatuh dan mengganggu 136 dron Rusia antara malam Jumaat dan pagi Sabtu. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM