fb fb fb fb fb

Rusia: 17 mayat mangsa helikopter terhempas ditemukan

Gambar menunjukkan lokasi kemalangan helikopter Mi-8 di Kamchatka. Helikopter itu membawa 22 orang kebanyakan pelancong dan telah mengambil penumpang berhampiran gunung berapi purba Vachkazhets/AFP

MOSCOW, 1 September- Sebanyak 17 mayat mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter Mi-8 terhempas di Semenanjung Kamchatka, timur Rusia telah ditemukan pada Ahad di lokasi kejadian, menurut Kementerian Kecemasan Rusia, lapor Sputnik.

"Setakat ini, 17 mayat telah ditemukan. Pencarian mangsa masih diteruskan," menurut kenyataan itu.

Helikopter itu dilaporkan hilang daripada radar di kawasan berbukit pada Sabtu. Dilaporkan terdapat 19 penumpang dan tiga kru berada di dalam pesawat berkenaan.

Kementerian Kecemasan berkata sembilan pasukan mencari dan menyelamat telah dihantar ke lokasi nahas. -BERNAMA-SPUTNIK

SITI AISHAH MD ISA