fb fb fb fb fb

Panama jumpa kem migran dalam hutan

Penempatan haram migran di hutan Darién di sempadan negara Colombia dan Panama/Reuters

KOTA PANAMA, 31 Ogos- Pihak berkuasa Panama menemukan sebuah kem migran tersembunyi di hutan Darién, kawasan yang terletak di sempadan negara itu dengan Colombia.

Difahamkan kem terbabit berfungsi sebagai pusat perhentian bagi migran yang mahu ke utara menuju ke Amerika Syarikat.

Ia menyediakan bekalan seperti makanan, air, dan ubat-ubatan, serta perkhidmatan seperti panduan dan perlindungan. Kesemuanya dijual secara haram kepada migran.

Perkhidmatan Sempadan Negara (Senafront) kemudian berjaya mengesan penempatan haram itu menerusi 'Operasi Malaikat Michael' melibatkan kira-kira 150 ejen sempadan.

Rakaman video menunjukkan keadaan kem dan migran yang berada dalam hutan terbabit.

Hutan Darién terletak di sempadan antara Colombia dan Panama merupakan kawasan hutan tebal dan berbahaya sering digunakan sebagai laluan oleh migran yang cuba memasuki Amerika Syarikat. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA