fb fb fb fb fb

Rodrigo Paz, presiden baharu Bolivia

Rodrigo Paz memenangi pilihan raya presiden Bolivia/REUTERS

LA PAZ, 20 Oktober- Rodrigo Paz memenangi pilihan raya presiden Bolivia pada Ahad menewaskan konservatif Jorge “Tuto” Quiroga dengan 54.5 peratus berbanding 45.5 peratus, menamatkan hampir dua dekad pemerintahan kiri di bawah Gerakan Sosialisme (MAS).

Paz, senator dari Parti Demokratik Kristian, dijadual mengambil alih jawatan pada 8 November depan.

Parti beliau tidak memegang majoriti di legislatif, memerlukan pakatan bagi pemerintahan efektif.

Kemenangan itu berlaku ketika ekonomi Bolivia menghadapi krisis terburuk sejak satu generasi, menarik pengundi kecewa dengan MAS tetapi skeptikal terhadap langkah penjimatan Quiroga.

Kedua-dua calon berikrar memperkukuh hubungan dengan AS dan mendapatkan sokongan kewangan bagi menstabilkan ekonomi.

Paz, anak bekas Presiden Jaime Paz Zamora, memulakan kerjaya politik di Tarija dan memiliki ijazah ekonomi serta hubungan antarabangsa dari American University.

Calon timbalannya, Edman Lara, bekas pegawai polis dan personaliti media sosial, berjaya menarik pengundi kelas pekerja. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM