fb fb fb fb fb

Ribut di Sepanyol: Angka kematian meningkat lebih 200 orang

Foto AFP

MADRID, 1 November- Jumlah kematian ekoran ribut kencang di Sepanyol meningkat kepada 205 selepas lebih banyak mayat ditemukan, dengan 202 mangsa adalah dari wilayah timur Valencia sahaja, menurut perkhidmatan kecemasan kerajaan wilayah itu yang disiarkan melalui X pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pihak berkuasa mengesahkan dua lagi kematian Wilayah Castile-La Mancha, dan terdapat satu kematian di Wilayah Andalusia. Sebelum ini, sejumlah 158 kematian sudah disahkan.

Berpuluh-puluh orang masih hilang. 

Menteri Pertahanan Margarita Robles melalui siaran di saluran RTVE menjangkakan lebih banyak mayat mungkin ditemukan dalam kenderaan. Semasa ribut pada Selasa, banyak kenderaan terkandas dalam banjir.- BERNAMA-dpa

ROSLINA BINTI DIN