fb fb fb fb fb

Ribut bawa kilat, angin kencang di Mekah

(FOTO AFP)

RIYADH, 24 Ogos – Ribut kuat telah mendorong sekolah-sekolah ditutup pada Rabu di wilayah Mekah, Arab Saudi, tempat tapak suci agama Islam, Masjidil Haram yang dilanda hujan lebat dan angin semalaman, kata saksi.

Ketika jemaah haji cuba mengelilingi Kaabah di mana semua umat Islam mengerjakan solat, kilat menyambar hotel ikonik Fairmont Makkah Clock Royal Tower, menerangi langit pada awal pagi Rabu.

Ribut itu membawa angin kencang dengan kelajuan lebih 80 kilometer sejam, kata jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan, Hussein al-Qahtani kepada AFP.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

(FOTO AFP)

Keadaan itu seperti ribut yang pernah berlaku pada tahun 2015 yang menumbangkan sebuah kren di Masjidil Haram dan mengorbankan lebih 100 orang dan mencederakan ratusan yang lain, kata Qahtani.

Penduduk Mekah, Abu Mayyada memberitahu AFP dia keluar membeli rokok dan petrol apabila ‘segala-galanya menjadi gelap di hadapan saya’ ketika ribut yang paling teruk melanda.

“Tiba-tiba saya hilang kawalan ke atas kenderaan. Saya tidak nampak apa-apa jadi saya mula mendengarkan bacaan Al-Quran di radio. Saya tidak faham apa yang berlaku,” katanya.

Kawasan jiran Mekah di Al-Kakkiyah merekodkan 45 milimeter hujan dalam tempoh 24 jam, kata pusat kaji cuaca dalam catatan di X.

Rakaman yang dikongsi dengan AFP oleh penduduk Mekah menunjukkan jemaah haji di luar Masjidil Haram yang jatuh oleh tiupan angin, yang turut menyebabkan penghadang orang ramai meluncur di atas lantai yang licin akibat hujan.

“Kejadian itu amat menakutkan,” kata penduduk Mekah, Mohammed yang membeli barang runcit semasa ribut melanda.–AFP

Media Baharu