fb fb fb fb fb

Anak puma albino dilahirkan di zoo Nicaragua

(FOTO AFP)

JUIGALPA, 24 Ogos- Satu spesis puma albino jarang dijumpai dilahirkan di sebuah zoo di Nicaragua, bulan lalu.

Haiwan itu bagaimanapun masih dikurantin bersama ibunya dan belum bersedia menerima pelawat.

"Kami mengambil semua langkah untuk memastikan haiwan itu sihat sebaik mungkin, bersama ibunya," kata doktor haiwan Carlos Molina dari Zoo Thomas Belt kepada AFP.

"Ia sihat, badannya dalam keadaan baik," katanya.

Anak puma itu dilahirkan di Zoo Thomas Belt, kira-kira 140 kilometer dari ibu kota Managua.

Bulu puma biasa semasa lahir berwarna coklat muda atau kemerahan dengan bintik hitam.

Mutasi genetik yang menyebabkan pigmentasi putih jarang berlaku dalam kalangan spesies, dan hampir tidak ada kes yang didokumenkan di dunia.

"Kami gembira untuk memilikinya kerana anda tidak selalu melihatnya," kata Molina.

Puma ialah kucing kedua terbesar di benua Amerika selepas jaguar, dan yang keempat di dunia selepas harimau dan singa.

Penjaga zoo telah mengelak daripada bersentuhan dengan puma albino kecil itu, yang membesar bersama ibunya di dalam sangkar yang didirikan dalam kandang berpagar.

Pihak zoo berharap dalam tempoh dua bulan anak itu akan dapat menerima rawatan veterinar.-AFP


(FOTO REUTERS)

Media Baharu