WASHINGTON, 2 Mei - Ribuan rakyat Amerika Syarikat turun ke jalanan sempena Hari Pekerja Sedunia atau May Day, menyuarakan bantahan terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump.
Di New York, penunjuk perasaan mendesak pemimpin kesatuan sekerja untuk “berjuang membebaskan Palestin” selain menuntut gencatan senjata susulan genosid di Gaza.
Di Washington, D.C., peserta membantah dasar imigresen Trump, termasuk kes Kilmar Abrego Garcia, migran dari El Salvador yang tersilap dihantar pulang walaupun memiliki permit kerja sah.
Di Los Angeles, Presiden Trump dan jutawan Elon Musk turut menjadi sasaran.
Ribuan membanjiri pusat bandar Los Angeles sempena #MayDay, membantah dasar Presiden Trump!
Penunjuk perasaan berarak dari Crypto.com Arena hingga ke Metropolitan Detention Center sambil membawa sepanduk seperti “L.A. labor stand with immigrants” dan “Resist Fascism”.
Di Philadelphia, Senator Bernie Sanders menyeru rakyat bersatu melawan golongan elit kaya. - REUTERS