WASHINGTON, 2 Mei - Amerika Syarikat (AS) menjangkakan rundingan pusingan keempat bersama Iran berhubung isu nuklear akan diadakan dalam masa terdekat.
Jurucakap Jabatan Negara AS, Tammy Bruce memaklumkan, perincian lanjut termasuk tarikh dan lokasi perbincangan belum dimuktamad.
"Situasi (proses rundingan) ini berjalan lancar. Meskipun belum dimuktamad, namun kami menjangkakan pusingan terbaharu rundingan bakal berlangsung tidak lama lagi," katanya.
Beliau menafikan laporan yang mendakwa perbincangan berkenaan akan diadakan esok di Rome, Itali.
Kerajaan AS tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan mahupun mengesahkan perkara tersebut.
Pusingan ketiga rundingan berlangsung di Oman pada akhir bulan lepas.
Fokus tertumpu kepada aspek teknikal. ###