fb fb fb fb fb

Ribuan penduduk Tehran berhimpun kutuk Israel dan Amerika Syarikat

Orang ramai membakar bendera Israel dan AS semasa perhimpunan di luar bekas kedutaan AS di Tehran, untuk menyokong rakyat Palestin di Semenanjung Gaza serta untuk menandakan ulang tahun ke-44 bermulanya krisis tebusan Iran, pada 4 November 2023 / AFP

TEHRAN, 4 November- Beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di seluruh Iran pada Sabtu bagi menyatakan bantahan terhadap Amerika Syarikat dan Israel serta menyokong rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

"Down with USA" dan "Down with Israel", dilaungkan penunjuk perasaan yang berkumpul di hadapan bekas kedutaan AS di Tehran, lapor seorang wartawan AFP.

Mereka membakar patung Perdana Menteri Israel Benyamin Netanyahu serta bendera AS dan Israel di hadapan orang ramai yang mengibarkan bendera.

Wanita berpakaian hitam melambai tanda kemenangan dengan tangan mereka, dilukis dengan bendera Palestin.

Ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat bertambah buruk sejak serangan pada 7 Oktober.

Sejak itu, Israel tanpa henti mengebom Semenanjung Gaza dan menghantar tentera darat, dengan kementerian kesihatan Gaza mengatakan 9,488 orang telah terbunuh.

Demonstrasi tersebut juga dibuat pada "hari perjuangan menentang keangkuhan global" republik Islam itu.

4 November menandakan hari rakyat Iran menyerang kedutaan AS di Tehran pada 1979 dan mengambil 52 diplomat Amerika sebagai tebusan, yang berlangsung selama 444 hari.

Tehran melabel pengeboman Israel ke atas Gaza sebagai "pembunuhan beramai-ramai", sambil mengecam Washington kerana menyokong kuat Israel.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE