KAHERAH, 5 November- Sayap bersenjata Hamas berkata lebih 60 tebusan hilang susulan serangan udara Israel ke atas Gaza.
Akhir bulan lalu, dianggarkan 50 tawanan mereka terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza.
Jurucakap Briged Izz el-Deen al-Qassam, Abu Ubaida menerusi Telegram Hamas, berkata 23 mayat daripada 60 tebusan Israel yang hilang terperangkap di bawah runtuhan.
"Kita tidak akan pernah dapat menghubungi mereka kerana pencerobohan kejam berterusan pendudukan terhadap Gaza," katanya.
Reuters tidak dapat mengesahkan kenyataan itu dengan segera, manakala tentera Israel tidak segera mengulas ketika diminta komen.
Amerika Syarikat menerbangkan dron pengawasan ke atas Gaza untuk mencari tebusan yang diambil Hamas pada 7 Oktober, kata dua pegawai AS Khamis lalu.
Hamas, kumpulan Islam bersenjata yang mentadbir Gaza, setakat ini membebaskan empat orang awam antara 239 yang dipercayai ditahan. - REUTERS