SANTO DOMINGO, 23 Ogos- Ribut Franklin dijangka melanda Republik Dominican dan Haiti, hari ini.
Menurut Pengarah Agensi Kecemasan dan Keselamatan Kebangsaan, Juan Mendez, pihaknya telah mengeluarkan amaran berpindah susulan ramalan hujan, tanah runtuh dan banjir besar.
"Ia sedang menuju ke negara kita. Jalur awan telah memasuki sebahagian wilayah Dominican pada awal pagi. Kita sudah mengalami banjir di bandar, nasional dan wilayah lain," kata Mendez kepada media tempatan.
Pihak berkuasa di Republik Dominican turut menutup sekolah dan pejabat kerajaan pada Selasa ketika ribut tropika itu menuju ke pulau Hispaniola, yang dikongsi dengan Haiti.
Ia dijangka akan bertambah kuat dalam tempoh dua hari akan datang.- REUTERS
(Pengarah Agensi Kecemasan dan Keselamatan Kebangsaan, Juan Mendez/REUTERS)