BEIJING, 23 Ogos- Pihak berkuasa penerbangan awam China pada Selasa memaklumkan telah memberikan kelulusan kepada syarikat penerbangan Korea Utara, Air Koryo untuk melakukan penerbangan antara Pyongyang dan Beijing.
Memetik sumber laporan berita Reuters, penerbangan melibatkan hari Selasa, Khamis dan Sabtu dari 26 Mac hingga 28 Oktober, tahun ini.
Syarikat penerbangan negara China, Air China yang pernah terbang antara kedua-dua bandar itu, bagaimanapun tidak memohon semula pelanjutan penerbangan laluan China-Korea Utara.
Pengawal selia akan memberikan kelulusan penerbangan mengikut musim.
Menurut pengurus besar Koryo Tours di Beijing, Simon Cockerell, sebelum pandemik COVID-19, biasanya terdapat kira-kira 3-5 penerbangan Air Koryo antara Beijing dan Pyongyang seminggu, bergantung pada musim dan permintaan serta penerbangan ke Shanghai dan Shenyang.
Satu penerbangan Air Koryo dari Pyongyang mendarat di Beijing pada awal Selasa, kali pertama sejak penutupan pandemik bermula pada 2020 ketika Korea Utara membuka sempadannya untuk perjalanan penumpang.
Tidak begitu jelas berhubung maklumat penumpang penerbangan itu, tetapi syarikat pelancongan Barat yang beroperasi di Korea Utara berkata ia kelihatan seperti penerbangan khas yang akan membawa pulang warga Korea Utara yang telah terperangkap di China pada tahun penutupan sempadan.
Trafik kereta api dan kapal kargo telah meningkat secara perlahan sepanjang tahun lalu tetapi Korea Utara baru sahaja mula membenarkan beberapa perjalanan penumpang antarabangsa.- REUTERS
(Dua lelaki Korea Utara berjalan melalui bahagian ketibaan di Lapangan Terbang Ibu
Kota Beijing selepas ketibaan penerbangan Air Koryo JS151 pada 22 Ogos 2023/AFP)