PRAGUE, 4 April- Republik Czech akan menderma puluhan juta euro kepada Ukraine bagi inisiatif yang diketuainya untuk membeli ratusan ribu peluru meriam, kata Perdana Menteri, Petr Fiala.
Dua tahun selepas pencerobohan berskala penuh Rusia, keperluan paling mendesak untuk Ukraine adalah peluru artileri kerana pihaknya menggunakan tembakan meriam berat untuk memastikan sebahagian besar kedudukan statik di sepanjang garis hadapan 1,000km.
Usaha derma diketuai oleh Czech itu bersama lebih 18 negara, dengan Jerman menjanjikan sumbangan tertinggi setakat ini iaitu €576 juta untuk 180,000 peluru meriam.
Czech melalui pasukan pegawai kerajaan dan syarikat swasta, telah mendapatkan sekurang-kurangnya 800,000 butir peluru dari negara di seluruh dunia, dengan penghantaran pertama ke Ukraine dijangka menjelang Jun.
Namun pegawai Czech berkata jumlah itu belum dimuktamadksn, dan terdapat lebih banyak peluru tersedia di seluruh dunia jika lebih banyak pembiayaan diperoleh.- REUTERS