COPENHAGEN, 4 April– Pihak Berkuasa Maritim Kebangsaan Denmark mengeluarkan amaran hari ini agar kapal-kapal mengelak belayar melalui bahagian penting selat Great Belt, salah satu lorong laut paling sibuk di dunia, kerana risiko “serpihan peluru berpandu yang jatuh”.
Selat Great Belt adalah akses maritim utama ke Laut Baltik.
Latihan tentera laut sedang dijalankan di kawasan itu.
Tidak jelas sama ada amaran itu dikaitkan dengan gerakan tentera.
"Risiko jatuh serpihan peluru berpandu di kawasan itu... kapal diminta untuk tidak melalui kawasan itu, (dan) menurunkan sauh mereka jika perlu," kata pihak berkuasa dalam satu mesej ringkas.
Tentera laut Denmark tidak segera mengulas mengenainya.
Pihak Berkuasa Maritim Denmark juga tidak dapat mengulas segera.- REUTERS