fb fb fb fb fb

Remaja warga Britiain-Belgium penerbang solo termuda mengelilingi dunia

(FOTO AFP)

RADOMIR, 25 Ogos- Mack Rutherford, seorang warga Britain-Belgium berusia 17 tahun, mendarat di Bulgaria untuk menjadi penerbang solo termuda mengelilingi dunia.

Lima bulan sehari selepas berlepas dari Bulgaria pada Mac, Rutherford kembali ke lapangan terbang kecil berhampiran bandar Radomir, sejam dari ibu negara Sofia, untuk menuntut rekodnya.

"Saya cuba tunjukkan dengan penerbangan ini bahawa orang muda boleh membuat perubahan, ikuti impian anda," kata remaja itu selepas mendarat.

"Saya tidak pasti ada rekod lain yang ingin saya pecahkan, saya hanya mahu kembali ke sekolah untuk mengejar pelajaran yang tertangguh," tambahnya.

Berpakaian sut juruterbang, dengan rambut kerinting gelapnya dan topi biru, remaja itu menyuarakan kekesalan kerana pengembaraan itu telah berakhir, menggambarkan "rasa kebebasan yang pasti apabila anda terbang".

(Mack Rutherford, 17, orang termuda yang terbang solo ke seluruh dunia/AFP)

Rutherford berasal daripada keluarga barisan juruterbang. Keluarganya mempunyai empat generasi penerbang, dan Mack mendapat pengalaman pertamanya ketika baru berusia tujuh tahun.

Penerbangannya yang memecahkan rekod, melepasi 54,000 kilometer dalam masa 221 jam penerbangan merentasi 30 negara.

Dia terpaksa menghadapi suhu sehingga 48 darjah.

Antara dugaan yang dihadapinya ialah pendaratan di pulau Attu yang tidak berpenghuni, barat Alaska, akibat angin kencang. -AFP

Media Baharu