fb fb fb fb fb

Remaja Palestin meninggal dunia pada ulang tahun kelahiran

Ibu dan adik Kholoud meratapi jenazah kakaknya Kholoud, 17, yang terbunuh pada hari lahirnya pada subuh/Foto REUTERS

GAZA, 19 Julai - Seorang remaja Palestin meninggal dunia pada hari ulang tahun kelahirannya awal pagi tadi selepas terkena serpihan peluru zionis Israel.

Mangsa, dikenali sebagai Kholoud Abed berusia 17 tahun maut dalam serangan terbaharu Israel pada waktu yang sama dia dilahirkan, iaitu ketika subuh.

Ibunya, Iman Abed tidak dapat menahan kepedihan dan kesedihan yang mendalam atas kehilangan anak perempuanya.

Dia turut menceritakan perbualan terakhir bersama anaknya dua hari lalu.

“Dia tanya kenapa kita tidak mati syahid saja supaya boleh masuk syurga, boleh makan apa saja, ada pisang, epal dan… roti. Syurga ada roti," kongsi ibunya.

Remaja itu sebelum ini sanggup mencari roti walaupun harganya mencecah 8 shekel (kira-kira RM11), namun tetap gagal mendapatkannya.

Kholoud merupakan antara ribuan kanak-kanak Palestin yang terkorban dalam konflik berterusan di Gaza. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN