fb fb fb fb fb

30 cedera, 7 parah kereta rempuh orang ramai di LA

Kenderaan terbabit melanggar sebuah trak taco, kawasan valet dan merempuh orang ramai yang sedang berkumpul di luar kelab

LOS ANGELES, 19 Julai – Sekurang-kurangnya 30 orang cedera selepas sebuah kereta merempuh orang ramai di sebuah kelab malam di Los Angeles, awal pagi tadi.

Daripada 30 mangsa, tujuh kritikal, enam cedera sederhana.

Manakala 10 lagi cedera ringan dan tujuh lagi hanya menerima rawatan di tempat kejadian.

Menurut Jabatan Bomba Bandaraya Los Angeles (LAFD), insiden berlaku sekitar 2 pagi apabila kenderaan terbabit melanggar sebuah trak taco, kawasan valet dan merempuh orang ramai yang sedang berkumpul di luar kelab.

"Ketika kami sampai, keadaan sangat kelam-kabut. Seramai 124 anggota bomba dan 25 pegawai LAPD dikerahkan ke lokasi kejadian," menurut pegawai awam LAFD, Kapten Adam Vangerpen.

Semasa pemeriksaan lanjut, seorang mangsa disyaki pemandu kereta tersebut didapati mempunyai kesan tembakan.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

GRACE AISYAH KEDAYAN