fb fb fb fb fb

21 maut bas terbalik di Selatan Iran

Media tempatan turut menyiarkan gambar bas yang terbalik di tepi jalan pergunungan

TEHRAN, 19 Julai - Sekurang-kurangnya 21 orang maut manakala hampir 30 cedera selepas sebuah bas persiaran terbalik di selatan Iran, hari ini.

Kemalangan itu berlaku berhampiran Kavar, sebuah bandar kira-kira 1,000 kilometer dari ibu negara Tehran.

Gambar yang disiarkan media tempatan menunjukkan bas berkenaan terbalik di tepi jalan berbukit.

Memetik berita rasmi IRNA, Iran mempunyai rekod keselamatan jalan raya yang lemah.

Hampir 20,000 kematian direkodkan akibat nahas jalan raya dalam tempoh 12 bulan sehingga Mac lalu - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN