DAMSYIK, 19 Julai – Angka korban keganasan di wilayah Sweida, meningkat kepada 940 orang sejak hujung minggu lalu.
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SHOR) berkata, angka itu tetap meningkat meskipun kerajaan telah mengumumkan gencatan senjata.
SOHR melaporkan, daripada jumlah itu, mangsa korban terdiri daripada 326 militan Druze dan 262 orang awam.
Selain itu, 312 anggota keselamatan kerajaan turut terkorban dalam pertempuran itu.
Manakala, 15 anggota tentera kerajaan terbunuh dalam serangan udara Israel pada Rabu lalu.
Serangan Israel berlaku di tengah-tengah pertempuran antara kumpulan bersenjata dan tentera kerajaan Syria di Sweida.
Sweida menjadi lokasi keganasan terburuk di Syria tahun ini walaupun kerajaan sebelum ini menyeru semua pihak menghormati gencatan senjata demi mengelak pertumpahan darah. - AFP